“Usahawan” – suatu perkataan yang mengemukakan sifat individu yang mantap menghadapi pelbagai cabaran untuk memulakan perniagaan. Adakah anda seorang usahawan? Kami dari pertubuhan RealBizNetwork mengucapkan selamat datang kepada para usahawan yang terhormat. Terima kasih kerana melawati laman web ini untuk pelanjutan perniagaan anda.
Dengan singkatnya, modal teroka (ataupun dalam bahasa Inggeris, venture capital) adalah modal atau wang yang disediakan oleh pelabur (venture capitalist) bagi membiayai permulaan dan penerusan perniagaan baru. Pelabur yang menyediakan modal adalah pihak yang mempunyai modal dan, pentingnya, pakar dan berpengalaman dalam sektor atau industri anda. Keuntungannya untuk pelabur adalah dalam bentuk ekuiti atau sebahagian saham perniagaan tersebut. Modal teroka sesuai untuk perniagaan anda jika anda bertujuan untuk mengumpul dana tanpa meminjam dengan bunga.
RealBizNetwork berkongsi cita-cita para usahawan untuk perniagaan masing-masing, iaitu mencapai kejayaan yang tidak dimimpikan. Sebagai salah satu pertubuhan pelaburan dan venture capital di Malaysia, kami bertujuan untuk menjadi pengantara dan medium untuk menyokong perniagaan anda dengan pemodal teroka yang sedia ada dalam rangkaian usahawan veteran di Malaysia. Tanpa kesedaran kita, begitu banyak idea dan penerokaan usahawan yang hebat dan berpotensi terpaksa dihentikan disebabkan kekurangan dana dan modal.
Dalam laman web RealBizNetwork ini, para usahawan dapat:
- Mendalamkan pengetahuan tentang pelaburan dan modal teroka
- Mengenali siapakah pemodal teroka (venture capitalists) di Malaysia dalam rangkaian kami
- Menghubungi team RealBizNetwork untuk membincangkan kemungkinan perniagaan anda mendapatkan modal teroka
Sekiranya anda yakin sebagai seorang usahawan bahawa perniagaan dan idea anda berpotensi untuk berjaya, kami menggalakkan anda mempertimbangkan modal teroka. Sila klikkan “Hubungi Kami” untuk mula pengembaraan anda dengan pelaburan dan modal teroka.